ADUN Usukan fokus ambil berat luahan rakyat

KOTA BELUD: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Usukan, Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak memandang serius semua luahan dan aduan yang disampaikan oleh rakyat di kawasannya.

“Saya mengambil perhatian setiap aduan yang dikongsikan.

“Sebagai wakil yang dipilih oleh pengundi khasnya di Usukan, pembangunan dan kesejahteraan Usukan pastinya menjadi keutamaan saya,” katanya dalam satu kenyataan di laman media sosialnya, hari ini.

Dalam pada itu, Salleh turut meluangkan masa bertemu dan beramah mesra bersama masyarakat DUN Usukan di Klinik Khidmat Masyarakat Kawasan Usukan pada Rabu lepas.

Katanya, khidmat bakti beliau akan sentiasa diutamakan demi Usukan dan kepercayaan yang diberikan oleh rakyat.

“Mendengar luahan mereka, saya mengarahkan Pemimpin Pembangunan Masyarakat (PPM) Usukan, Amran Disah untuk mengambil tindakan segera bagi menyelesaikan semua permasalahan masyarakat.

“Kerana saya dipilih oleh mereka, maka dengan ini saya akan terus berbakti untuk mereka, untuk Usukan,” katanya.

Tamat

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *