500 Bantuan bakul makanan ke Kg. Penimbawan, Tuaran

TUARAN: Mohammad Ghazali Haji Hajiji telah mewakili Ketua Menteri Sabah, ADUN N.12 Sulaman menyerahkan sejumlah 500 bantuan bakul makanan kepada JPKK Kg. Penimbawan, Encik Norseh Sepolo untuk diagihkan kepada setiap ketua keluarga penduduk yang terlibat di kawasan lanjutan PKPD Kg Penimbawan.

Turut bersama dalam gimik penyerahan tersebut ialah Pegawai Daerah Tuaran dan Pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat. Agensi PKOB daerah Tuaran seperti PDRM, JKM, BOMBA dan RELA bersama UPPM N.12 Sulaman serta Armada Bersatu Tuaran telah memainkan peranan mereka untuk membantu kerja-kerja memuat dan menghantar bantuan bakul makanan tersebut ke lokasi.

Leave a Reply

Your email address will not be published.