500 bakul makanan diagihkan

MEMBAKUT: Sebanyak 500 bakul makanan akan diagihkan kepada golongan memerlukan yang dikenalpasti khususnya di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Membakut.

Sumbangan bakul makanan itu disumbangankan oleh keluarga ahli perniagaan Datuk Teo Cheng Ping @ Ahkong yang diadakan dalam satu majlis ringkas di Pekan Membakut Jaya kelmarin.

Penyerahan sumbangan itu disaksikan Menteri Tugas-Tugas Khas Datuk Haji Mohd Arifin Mohd Arif yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Membakut.

Katanya, pendekatan yang dilaksanakan oleh ahli perniagaan itu amat dipuji khususnya ketika penduduk setempat yang kurang berkemampuan berdepan dengan situasi pandemik COVID-19 ketika ini.

โ€œSaya berharap sumbangan seumpama ini akan dapat membantu meringankan beban penduduk yang ketika ini terkesan akibat pandemik COVID-19.

โ€œSelain itu, saya merakamkan penghargaan kepada semua pihak khususnya organisasi bukan kerajaan (NGO), syarikat swasta termasuk ahli-ahli perniagaan atas sumbangan mereka kepada masyarakat di negeri ini,โ€ katanya ketika dihubungi Suara Sabah Today disini hari ini.

Katanya, kerajaan negeri turut merakamkan penghargaan atas komitmen dan sumbangan rakyat kepada masyarakat diperingkat akar umbi yang terjejas akibat COVID-19.

Antara barangan yang disumbangkan ialah beras, telur dan lain-lain barang keperluan harian.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *