3,385 mangsa banjir di Sabah

KEADAAN banjir di Kampung Tolungan, Pamol, Beluran. FOTO BERNAMA

KOTA KINABALU : Peningkatan jumlah mangsa banjir di negeri ini meningkat daripada 3365 mangsa kelmarin kepada 3385 hari ini.

Jumlah mangsa terlibat membabitkan 1,329 keluarga masih ditempatkan di 30 pusat pemindahan sementara (PPS) di Sabah.

Kota Marudu mencatatkan jumlah mangsa banjir tertinggi iaitu seramai 2,668 orang daripada 1,120 keluarga yang dipindahkan di 14 PPS.

Jurucakap Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Sabah berkata, enam daerah yang masih dilanda banjir ialah Kota Marudu, Pitas, Beluran, Sandakan, Telupid dan Paitan.

Menurutnya lagi, di Pitas, terdapat 319 mangsa daripada 120 keluarga yang ditempatkan di empat PPS; di Telupid, tujuh PPS dibuka dengan merekodkan 216 mangsa membabitkan 49 keluarga; di Paitan mencatatkan seramai 99 mangsa membabitkan 23 keluarga yang dipindahkan ke tiga PPS, manakala di Sandakan seramai 45 mangsa membabitkan tujuh keluarga yang dipindahkan ke sebuah PPS.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *