311 mangsa banjir ditempatkan di 3 pps di Pitas

PITAS : Enam buah kampung disini, Kampung Tambilidon, Kampung Kalumpang, Kampung Taka, Kampung Saab Darat, Kampung Rukom Ulu dan Kampung Kusilad telah terjejas banjir.

Pasukan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Kota Marudu, dan giat dalam proses pemindahan mangsa banjir ke pusat pemindahan sementara (PPS).

Menurut jurucakap Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dalam sebuah kenyataan, seramai 108 mangsa daripada 41 keluarga ditempatkan di Dewan Sekolah Kebangsaan Pekan Pitas II.

135 mangsa daripada 36 keluarga dipindahkan ke Dewan Sekolah Rendah Rukom dan 68 orang daripada 20 keluarga dipindahkan ke Dewan Kampung Kusilad menjadikan serami 311 orang mangsa dipindahkan ke tiga-tiga buah PPS tersebut, pagi tadi.

Leave a Reply

Your email address will not be published.