300,000 one-off bantuan bakul makanan Kerajaan Negeri

PUTATAN: Kerajaan negeri mensasarkan lebih 300,000 orang menerima bantuan bakul makanan serta bayaran secara sekali bayar RM300 buat golongan terjejas Perintah Kawalan Pergerakan baru-baru ini.

Menurut Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat, Ir. Shahelmey Yahya, setakat ini dianggarkan seramai 200,000 orang yang disasarkan telah menerima bayaran melalui akaun peribadi yang didaftarkan. 

Tambah beliau, proses pemberian bantuan secara sekali bayar itu dijangka selesai pada hujung Februari ini melalui akaun masing-masing daripada kementerian yang terbabit.  

Beliau berkata demikian dalam Majlis Penyerahan Bantuan Prihatin COVID19 2.0 yang diadakan di Dewan Sri Putatan, pada Jumaat. 

Shahelmey, selaku wakil kepada Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Hajiji Noor turut menyempurnakan majlis dengan simbolik penyerahan bantuan kepada 20 orang petani dan nelayan yang merupakan bantuan daripada Kementerian Pertanian dan Industri Makanan. -SUMBER: JABATAN PENERANGAN SABAH

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *