1,136 bakul makanan diagihkan ke 15 kampung di Lumadan

BEAUFORT:Sebanyak 1,136 bakul makanan telah diagihkan kepada 15 kampung di sekitar Lumadan yang terjejas akibat banjir yang berlaku, baru-baru ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lumadan Ruslan Muharam berkata, sumbangan bantuan bakul makanan yang diberikan adalah kerjasama diantara Setiausaha Kerajaan Negeri (SKN), Pejabat Daerah Beaufort, pertubuhan bukan kerajaan
Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) serta pejabat ADUN Lumadan termasuk sumbangan peribadi daripada beliau, untuk mangsa banjir terbabit.

Katanya, antara kampung-kampung yang menerima bantuan berkenaan ialah Kampung Balibata sebanyak 112 bakul, Kampung Binunuk (64); Kampung Lago (147); Kampung Kabajang Ulu (84); Kampung Kabajang Laut (64); Kampung Lawa (75); Kampung Labi (25); dan Kampung Batandok Lubak (154) bakul.

Selain itu, antara kampung yang turut menerima bantuan itu ialah Kampung Poring Lupak (105); Kampung Sungkadan/Lupak Seberang (54); Kampung Tuhu Lupak (104); Kampung Jaya Baru Lumadan (152), Kampung Batu 3 Padas Valley (10); Kampung Batu 6 1/2 (146) dan Kampung Limputong Lumadan (16) bakul.

Semua bantuan berkenaan diserahkan sendiri oleh Ruslan dalam satu majlis penyerahan yang dilakukan di sini, semalam.

Dalam pada itu, Ruslan turut berkesempatan untuk turun meninjau keadaan banjir yang melanda kawasan terbabit.

Tamat

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *