1,285 Kes Covid-19 dilaporkan di Sabah hari ini

KOTA KINABALU : Jumlah kes harian jangkitan Covid-19 di Malaysia hari ini mencatatkan kes 5 angka iaitu sebanyak 10,089 kes dilaporkan menjadikan kumulatif kes di negara ini mencecah 2,914,220 kes.

Sabah masih kekal dengan kes 4 angka dimana sebanyak 1,285 kes jangkitan Covid-19 dicatatkan sekaligus menjadi negeri ketiga tertinggi jumlah kes hari ini (6 Februari).

Rentetan angka kes harian Covid-19 di Sabah mencecah paras 1,000, Dewan Bandaraya Kota Kinabalu telah menangguhkan semua acara akan datang.

Jurucakap perkembangan harian Covid-19 Sabah, Datuk Masidi Manjun, juga telah mengemaskini jumlah penerima suntikan vaksin Covid-19 di negeri ini setakat kelmarin.

Masidi berkata secara keseluruhan, seramai 2,117,184 orang adalah penduduk dewasa atau bersamaan 76.75 peratus sudah menerima satu dos suntikan vaksin manakala seramai 2,097,672 orang atau 76.05 peratus penduduk dewasa di negeri itu telah menerima suntikan lengkap.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *