1166 Kes Tertinggi COVID-19 Sabah Hari Ini
KOTA KINABALU : Sabah mencatatkan 1,166 kes COVID-19 baharu pada hari ini. Peningkatan sebanyak 164 kes menjadikan jumlah kes pada hari ini sebagai kes tertinggi di Sabah tahun ini.
Datuk Seri Panglima Masidi Manjun, jurucakap COVID-19 Negeri Sabah, mendesak agar seluruh rakyat negeri Sabah untuk mendapatkan suntikan vaksinasi dengan segera.
Masidi turut memberitahu bahawa dalam situasi sekarang, perintah berkurung bukan lagi penyelesaian yang efektif dalam mencegah penularan yang sudah mula menjangkiti kontak rapat penduduk negeri tersebut.
“Apa yang diperlukan adalah vaksinasi,” tambahnya lagi. Masidi percaya dengan penambahan jumlah dos yang diperuntukkan untuk negeri Sabah, proses vaksinasi penduduk akan lebih pantas.