100 murid terima beg sekolah baharu

PUTATAN: Seramai 100 murid dari enam buah sekolah dalam kawasan Parlimen Putatan menerima sumbangan beg sekolah dan pelitup muka.

Ketua ARMADA BERSATU Bahagian Putatan, Mohd Isquzawan Israq berkata agihan sumbangan itu adalah diberikan kepada murid-murid khasnya yang keluarga mereka terjejas khususnya akibat daripada pandemik COVID19.

“Kita sudah kenalpasti murid-murid yang memerlukan sumbangan ini, memandangkan mereka bakal memulakan sesi persekolahan tidak lama lagi.

“Mereka terdiri daripada murid-murid SK Petagas, SK Contoh, SK Pekan Putatan, SK Tansau, SK Tembovo dan SK Kem Lok Kawi,” katanya.

Isquzawan juga memberitahu bahawa pihaknya berharap bebanan keluarga murid-murid itu dapat dikurangkan dengan adanya bantuan beg sekolah baharu untuk anak-anak mereka.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *