𝐏𝐁𝐁𝐒 𝐌𝐄𝐌𝐈𝐋𝐈𝐇 – 𝐉𝐀𝐈𝐒 𝐀𝐒𝐑𝐈 & 𝐀𝐇𝐌𝐀𝐃 𝐁𝐀𝐑𝐀𝐖𝐈 𝐂𝐀𝐋𝐎𝐍 𝐏𝐎𝐏𝐔𝐋𝐀𝐑

KOTA KINABALU: Pemilihan Persatuan Bisaya Bersatu Sabah (PBBS) bagi sesi 2021 – 2024 yang bertempat di Bangunan Persatuan Kebudayaan dan Kesenian Bisaya pada 18 Disember 2021 ini merupakan pemilihan yang paling dinanti – nantikan oleh seluruh masyarakat suku kaum Bisaya. Tema pemilihan kali ini adalah “ Misapol Tokou Sumingkot ” yang bermaksud Bekerjasama Kita Naik.

Hasil tinjauan lensa media di lapangan mendapati bahawa terdapat 2 calon yang popular iaitu Encik Jais Asri yang bertanding jawatan Timbalan Presiden. Beliau merupakan Pengarah Perkhidmatan Kebajikan Am Negeri Sabah.

Selain itu, calon popular Encik Ahmad Barawi Mokhtar yang bertanding jawatan Naib Presiden. Beliau merupakan seorang usahawan berjaya dan Presiden Dewan Usahawan dan Perniagaan Bisaya Sabah (DUBISA) serta pemilik perniagaan AHBA Niaga. Pengalaman beliau yang luas dalam dunia perniagaan dapat membantu memberikan cetusan idea, motivasi dan nasihat dalam dunia perniagaan kepada masyarakat suku kaum Bisaya yang ingin menceburi dalam dunia perniagaan seperti beliau.

Pemilihan Persatuan Bisaya Bersatu Sabah (PBBS) pada kali ini akan dihadiri seramai 1,400 perwakilan daripada 227 cawangan termasuk ahli seumur hidup PBBS di seluruh Negeri Sabah yang akan hadir bagi memlih kepimpinan baharu persatuan itu untuk tempoh tiga tahun terakhir pada tahun 2024.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *