SEC membayar dividen sebanyak RM10 juta kepada Kerajaan Negeri

Hajiji menyaksikan penyerahan cek dividen RM10 juta dari Harun (kanan) kepada Rusdi (kiri)

KOTA KINABALU : Majlis penyerahan cek dividen RM10 juta oleh Sabah Energy Corporation Sdn Bhd (SEC) yang diadakan di Pusat Pentadbiran Negeri pada hari Khamis disaksikan oleh Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor dan Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Seri Sr Safar Untong.

Ketua Pegawai Eksekutif SEC, Datuk Harun Hj Ismail berkata, pandemik Covid-19 telah memberikan cabaran yang belum pernah terjadi sebelumnya kepada keuntungan SEC dan Kumpulan Syarikatnya tahun lalu.

Harun turut menjelaskan bahawa berbanding modal berbayar Kerajaan Negeri sebanyak RM299.9 juta, keuntungan terkumpul setelah pelaburan semula selama bertahun-tahun telah mengakibatkan Dana Pemegang Saham meningkat kepada lebih dari RM1 bilion pada akhir 2020.

Oleh yang demikian, SEC berjaya membayar dividen yang lebih tinggi sebanyak RM10 juta untuk tahun 2020 berbanding RM8.5 juta pada tahun 2019, katanya setelah menyampaikan cek itu kepada Setiausaha Tetap Kementerian Kewangan, Haji Rusdin Riman.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *