Ramah Mesra Bersama Social Media Influencers bersama Ketua Menteri

KOTA KINABALU, 5 Disember 2021: Majlis Ramah Mesra Bersama Pempengaruh Media Sosial (Social Media Influencers) di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) di sini semalam turut dihadiri oleh Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Hajiji Haji Noor 

“Saya pasti, nama-nama ini pernah kita dengar dan tidak kurang juga dalam kalangan kita yang gemar untuk menonton dan mendengar informasi, ilmu dan juga hiburan yang mereka kongsi bersama warga maya. Mereka ini adalah ‘Social Media Influencers” berasal dari Negeri di Bawah Bayu,” kata hajiji

“Melihat dari sudut positif terhadap pengaruh perkongsian mereka terhadap masyarakat walaupun pada durasi yang terhad, saya percaya usaha untuk membantu dan memupuk lebih banyak ‘Social Media Influencer’ lokal untuk mencipta lebih banyak kandungan nilai tambah kepada masyarakat seperti meningkatkan kesedaran, perkongsian pendidikan secara informal dalam satu persekitaran yang kreatif dan menyeronokkan adalah penting dan bermanfaat”

Turut hadir, Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Seri Panglima Safar 
Untong; Pengarah IKRAR Azrul Ibrahim; Pengerusi Jawatankuasa Teknikal Penyelidikan dan Inovasi Majlis Pembangunan Teknologi dan Inovasi Sabah Prof. Madya Dr. Ramzah Dambul; dan Pengurus Besar Pusat Ekonomi Kreatif dan Inovasi Sabah (SCENIC) Viviantie Sarjuni.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *