Ketua Menteri menghadiri mesyuarat Menteri Besar, Ketua Menteri di Putrajaya

KUALA LUMPUR: Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor menghadiri Mesyuarat Menteri Besar dan Ketua Menteri ke-138 di Pejabat Perdana Menteri di Putrajaya di sini, pada Selasa.

Mesyuarat itu dipengerusikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, antaranya isu pentadbiran dan berkaitan pembangunan rakyat. Hajiji akan mengiringi Yang Dipertua Negeri Tun Juhar Mahiruddin ke Mesyuarat Majlis Raja-Raja yang akan diadakan selama dua hari mulai esok di Istana Negara.

Dalam lawatan kerja ke Kuala Lumpur sejak Isnin, Hajiji turut diwakili Timbalan Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Dr Jeffrey Kitingan untuk menghadiri Mesyuarat Sesi Libat Urus Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) bersama ketua parti di bawah Gabungan Rakyat Sabah (GRS) di Hotel Le Meridien, KL Sentral, hari ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *