Bantuan Bakul Makanan di Pensiangan akan dihantar ke pelusuk kampung

PENSIANGAN: Datuk Abd Ghani Mohd Yassin Ketua Bahagian BERSATU Pensiangan merangkap Ahli Dewan Undangan N.46 Nabawan sempat melawat pusat pengumpulan bakul bantuan makanan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) kerajaan negeri yang ditempatkan di Dewan Masyarakat Nabawan.

Bersama ADUN Pegawai Daerah Nabawan En Peter Jonu Moinjil, Pemimpin Pembangunan Masyarakat Nabawan En Deckson Andipai, Pegawai Daerah Kecil Pagalungan En. Roger Apolonius, Penolong Pegawai Daerah Pentadbiran En. Hasinin Kinsin dan Pegawai Kebajikan Nabawan En Andy Fatmal Ikhsan.

Datuk Abd Ghani sempat menyaksikan persiapan petugas kebajikan menyiapkan barang-barang bantuan untuk dihantar ke pelusuk kampung di Pensiangan untuk penduduk kampung.

Pada kali ini DUN Nabawan mengagihkan bantuan bakul makanan sebanyak 6765 bakul untuk Daerah Nabawan dan 2024 bakul untuk Daerah Kecil Pengalungan melalui Pejabat Kebajikan Nabawan sebagai Jabatan yang menyelia pengagihan ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published.