Wanita ditahan kali keenam kerana dadah

Oleh: Mac Grimes

KOTA KINABALU: Seorang wanita bujang ditahan polis buat kali keenam selepas penemuan 113.67 gram dadah jenis syabu di Taman Ridgeview, di Kepayan Ridge, Isnin lalu (Feb 8).

Ketua polis daerah ACP Habibi Majinji berkata jumlah dadah dalam yang ditemui semasa serbuan sekitar jam 3.15 petang bernilai sekurang-kurangnya RM12,233.

โ€œModus operandi suspek adalah mengambil dadah di suatu tempat rahsia sebaik sahaja menerima panggilan telefon daripada pembekal.

โ€œSuspek yang merupakan seorang penggangur akan mendapat upah sebanyak RM300 bagi setiap penghantaran kepada pengedar dan dilakukan untuk mengaburi pihak berkuasa,โ€ kata Habibi.

Hasil soal siasat terhadap suspek turut membawa kepada serbuan seterusnya di sebuah rumah di Taman Kendara 1, Tanjung Aru.

Polis berjaya merampas dua lagi paket syabu seberat 8.66 gram yang disembunyi di sebalik peti sejuk.

โ€œSemakan rekod kesalahan lampau pula menunjukkan sebanyak lima sabitan di bawah Akta Dadah Merbahaya 1952, manakala hasil ujian air kencing juga mendapati bahawa suspek kembali positif dadah.

โ€œDua buah telefon bimbit turut dirampas bagi tujuan siasatan kerana disyaki digunakan untuk berhubung dengan pengedar bagi urusan jual beli dan penghantaran,โ€ ujar Habibi.

Kes disiasat di bawah Seksyen 39B ADB 1952 yang memperuntukkan hukuman gantung sampai mati jika disabitkan kesalahan.

Wanita tersebut ditahan reman selama lapan hari dari bermula 9 Februari bagi membantu siasatan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *