UTK bertindak balas sekiranya terdapat ancaman di Pantai Timur Sabah – Timbalan Ketua Polis Negara

KUALA LUMPUR: Pasukan Unit Tindakhas (UTK) yang akan ditempatkan di pantai timur Sabah akan menjadi pasukan respons pertama untuk bertindak balas sekiranya terdapat ancaman besar, kata Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Razarudin Husain.

Tanpa mendedahkan butiran lanjut, beliau berkata pasukan itu akan menentukan tahap keselamatan dan ketenteraman awam di pantai timur negeri berkenaan.

“Kami hanya menambah bilangan keanggotaan di sana (pantai timur Sabah) dan peranan mereka (UTK) berbeza dengan PGA (Pasukan Gerakan Am) yang menjaga sempadan.

“Ia antaranya untuk memastikan tiada kes penculikan berlaku dan mempertingkatkan kawalan keselamatan,” katanya pada majlis Pride of Workmanship Award, di sini hari ini.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika diminta mengulas mengenai penempatan pasukan UTK bagi menangani isu berkaitan kumpulan Abu Sayyaf. -BERNAMA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *