Tujuh remaja ditahan bantu siasatan video belasah tular
KUNAK โ Tujuh remaja ditahan selepas satu video tular memaparkan sekumpulan individu membelasah seorang remaja lelaki dalam kejadian di kawasan Tapak Tamu Pekan Kunak di sini.
Ketua Polis Daerah Kunak, Superintendan Sabarudin Rahmat berkata, penahanan itu susulan satu laporan polis dibuat oleh mangsa pada jam 4.08 petang Sabtu.
Katanya, mangsa melihat video itu di akaun Facebook โOrang Kunakโ yang memaparkan dia dipegang serta dipukul oleh tiga suspek manakala dua lagi cuba menghalang suspek lain daripada terus memukulnya sehingga lemah.
โMenurut mangsa kejadian ini berlaku pada 28 Disember tahun lalu pada kira-kira jam 12.30 petang di kawasan Tapak Tamu, Pekan Kunak.
โKejadian berpunca apabila mangsa menjual barang-barang yang dibeli secara kongsi bersama rakan-rakannya iaitu barangan bundle dan hasil jualan tidak dibahagi sama rata.
โApabila rakan-rakan mangsa mengetahui perbuatan itu, mangsa sendiri minta didenda dengan cara dipukul oleh kawan-kawannya sebagai hukuman atas perbuatannya sendiri,โ katanya dalam kenyataan pada malam Sabtu.
Katanya lagi, bagaimanapun selepas kejadian itu, mangsa dan rakan-rakannya berkawan semula seperti biasa.
โMenurut mangsa juga, beliau tidak mengalami kecederaan parah semasa kejadian ini.
โSelain itu, mangsa juga tidak mengetahui bagaimana video berkenaan boleh tersebar kerana kejadian itu sudah lama berlaku iaitu seminggu lalu dan telah ditularkan melalui media Facebook semalam (Sabtu), โ katanya.
Sehubungan itu, Sabarudin berkata, tindakan telah diambil pada kira-kira jam 4.30 petang untuk menahan semua remaja berkenaan.
โTujuh lelaki yang terlibat termasuk mangsa sendiri ditahan untuk membantu siasatan.
โKes ini disiasat di bawah Seksyen 147 Kanun Keseksaan kerana merusuh di tempat awam,โ katanya.
Sabarudin turut menasihatkan ibu bapa memantau aktiviti anak-anak mereka supaya tidak terlibat dengan perkara yang boleh merosakkan masa depan mereka. – Sinar Harian