Tinggal kekasih untuk diberkas selepas rempuh anggota polis
Oleh: Mac Grimes
BEAUFORT: Seorang lelaki berumur 23 tahun lari meninggalkan kekasihnya untuk ditahan polis sejurus selepas merempuh seorang pegawai trafik dalam sebuah sekatan jalan raya di Jalan Lumatai pada Khamis lalu.
Insiden yang berlaku pada pukul 7.50 pagi itu telah mengakibatkan pegawai trafik tersebut mengalami kecederaan ringan.
Ketua polis daerah Beaufort DSP Azmir Razak berkata lelaki dan teman wanitanya berusia 21 tahun yang membonceng sebuah motosikal rebah sementara pegawai trafik itu tersadai di jalan raya.
โPada awalnya mereka diarahkan berhenti bagi pemeriksaan rutin โOp Motosikalโ yang sedang dilangsungkan sebelum suspek bertindak merempuh pegawai trafik.
โSuspek terus melarikan diri ke arah kawasan hutan yang berhampiran dan menghilangkan diri.
โWalaubagaimanapun, berdasarkan maklumat kekasihnya yang ditinggalkan, suspek berjaya diberkas berhampiran Kompleks Sukan Beaufort sekitar pukul 9 malam pada hari yang sama,โ Azmir berkata.
Kes itu diklasifikasi di bawah Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana menghalang penjawat awam menjalankan tugas.
Menurut Azmir, motorsikal jenis Modenas Dinamik yang ditunggang suspek turut dirampas bagi membantu siasatan.