RM 39 ribu minuman keras tidak bercukai dirampas
KOTA KINABALU, 24 Disember 2021 (Jumaat) – Polis Marin Kota Kinabalu berjaya mematahkan aktiviti cubaan menyeludup Minuman keras tidak bercukai di Papar Lama menuju ke Penampang jam lebih kurang 9 malam tadi.
Pegawai Pemerintah Markas Operasi Pasukan Polis Marin Kota Kinabalu ASP Roslan Bin Awang berkata Polis Marin Kota Kinabalu telah membuat pemerhatian di kawasan tersebut dan mengekori sebuah kenderaan dalam keadaan mencurigakan.
Semasa pemeriksaan dilakukan terhadap kenderaan tersebut, Polis Marin menjumpai beberapa plastik hitam berisi minuman keras disyaki tidak bercukai.
Nilai rampasan minuman keras termasuk kenderaan dianggarkan berjumlah RM39,000.00.
Rampasan dibawa ke Markas Operasi Pasukan Polis Marin Kota Kinabalu untuk tindakan lanjut. Kes disiasat dibawah Akta Kastam 1967.
Pasukan polis Marin Wilayah 4 Sabah sentiasa mengalu-alukan maklumat daripada seluruh komuniti maritim untuk melaporkan sebarang aktiviti yang melanggar undang-undang secara terus ke talian 24 jam atau menggunakan aplikasi whatsapp ke Pusat Komunikasi PPM Wilayah 4 Sabah di talian 0139391197.