Rampas rokok pelbagai jenama dalam bakau

LAHAD DATU: Polis Marin Lahad Datu telah berjaya merampas rokok pelbagai jenama dalam satu operasi Op Benteng Covid di kawasan bakau di Lahad Datu hari ini.

Pegawai Pemerintah Markas Operasi Pasukan Polis Marin Lahad Datu, Supt Gan Ping Sin berkata bertindak atas maklumat orang awam, pada jam lebih kurang 6.30 pagi hari ini.

Polis Marin Lahad Datu telah membuat pemeriksaan di kawasan bakau dan telah menjumpai sebuah pondok kecil tidak berpenghuni dalam keadaan yang mencurigakan.

Pemeriksaan lanjut dalam pondok tersebut telah menjumpai rokok pelbagai jenama yang disembunyikan didalam beg plastiK berwarna hitam yang disyaki diseludup masuk dari negara jiran yang dianggarkan bernilai RM121,938.96.

Kesemua barang rampasan tersebut dirampas dan diserahkan kepada Jabatan Kastam Cawangan Lahad Datu untuk tindakan lanjut.

Kes disiasat dibawah Seksyen 135 (1) Akta Kastam 1967.Pasukan Polis Marin Wilayah 4 Sabah amat mengalu-alukan masyarakat agar menyalurkan sebarang maklumat mengenai sebarang aktiviti yang menyalahi undang-undang melalui aplikasi whatsapp Pasukan Polis Marin Wilayah 4 Sabah di talian 013-2831197 atau berhubung terus ke Markas Operasi Pasukan Polis Marin Lahad Datu di talian 013-9808084 agar tindakan dapat diambil.

Sumber Berita: Pasukan Polis Marin W4 Sabah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *