Polis tahan lelaki kurang siuman kes vandalisme gereja di Keningau

KENINGAU: Polis telah menahan seorang lelaki dipercayai kurang siuman bagi membantu siasatan berhubung kes vandalisme di Gereja Katedral St. Francis Xavier dekat sini, awal pagi Khamis. (7 Julai)

Ketua Polis Daerah Keningau, Deputi Superintendan Nor Rafidah Kasim berkata, pihak polis telah menahan suspek dan sedang mendapatkan keterangan serta pihak lain yang berkaitan dengan kes itu.

Katanya, polis menerima laporan mengenai kes itu sekitar jam 10 pagi dan telah menghantar satu pasukan untuk menyiasat.

โ€œSetiba di lokasi kejadian, pasukan polis mendapati beberapa ikon dan salib rosak seperti yang dilaporkan manakala pintu dan tingkap gereja itu tidak berkunci semasa kejadian.

โ€œSeorang lelaki, dipercayai kurang siuman, kemudiannya ditahan dan kami telah membawanya untuk disoal siasat,โ€ katanya dalam satu kenyataan media yang dikeluarkan hari ini.

Kata DSP Rafidah lagi, suspek didapati negatif dadah.

โ€œKes disiasat di bawah seksyen 295 Kanun Keseksaan kerana mencederakan atau mencemarkan tempat ibadat,โ€ katanya. -SM

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *