Polis pantau kegiatan tekong bawa masuk PTI ke negara ini

KOTA KINABALU: Polis giat memantau aktiviti tekong yang membawa masuk pendatang tanpa izin (PTI) ke negara ini melalui laluan tikus.ย 

Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hazani Ghazali berkata perkara ini disebabkan oleh dapatan risikan pihaknya yang mendapati PTI mengambil kesempatan masuk ke negara ini semasa musim pandemik COVID-19 dan sehingga Mei tahun ini sahaja polis berjaya menahan 179 PTI.

โ€œDisebabkan kekangan PKP semasa COVID-19 ini,penugasan pasukan keselamatan banyak diarahkan kepada tugas pemantauan serta Sekatan Jalan Raya (SJR) menyebabkan tumpuan di sempadan berkurangan.

โ€œKita memandang serius percubaan beberapa pihak luar untuk membolosi sempadan negara termasuk melalui lorong-lorong tikus dengan bantuan tekong-tekong di kawasan itu,โ€ katanya.

Beliau berkata pihaknya akan meningkatkan operasi di sempadan dari semasa ke semasa dan ambil tindakan sewajarnya kepada tekong yang berjaya dikesan dan ditangkap membawa masuk PTI ke negara ini.

โ€œTekong yang didapati bersalah boleh di siasat mengikut Seksyen 55(1)(b) Akta Imigresen 1959/63 kerana bersubahat dengan mana-mana pihak untuk masuk atau meninggalkan negara ini dengan melanggar syarat-syarat serta peraturan Imigresen.

โ€œTekong yang mengambil bahagian dalam perniagaan membawa masuk PTI boleh disiasat mengikut Seksyen 55(1)(c) akta sama manakala tekong yang memberi perlindungan dengan memberi makan, tempat tinggal atau dengan apa sahaja cara untuk menyembunyikan PTI itu juga bakal berhadapan hukuman penjara tidak lebih dua tahun mengikut Seksyen 55(1)(d) akta sama,โ€ katanya.

Tambahnya tekong ini juga boleh diambil tindakan melalui Seksyen 26A Akta Antipemerdagangan Orang dan Penyeludupan Migran (ATIPSOM) 2007 dengan hukuman penjara tidak lebih 15 tahun atau denda.

Hazani berkata pihaknya juga menyokong arahan diberikan kepada semua ketua kampung yang perlu mengambil peranan memaklumkan kepada pihak polis jika melihat individu tidak dikenali di kawasan kampung masing-masing bukan sahaja untuk tujuan pencegahan jenayah tetapi juga mengelakkan penularan COVID-19.- UTUSAN BORNEO

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *