Polis merampas 12.36 gram Syabu

MEMBAKUT: Narkotik IPD Beaufort hari ini telah berjaya menahan dua lelaki dalam OP TAPIS di sebuah rumah tidak bernombor.

Semasa serbuan dijalankan, terdapat 5 lelaki dalam rumah tersebut bertindak terjun dari pintu dapur dan melarikan diri.

Polis Berjaya mengejar dan menangkap 2 lelaki dalam jarak 50 meter dari tempat kejadian.

Seorang lagi suspek yang lari dan bersembunyi berjaya ditahan oleh anggota Balai Polis Membakut atas maklumat orang kampung di lokasi lain.

Hasil pemeriksaan badan suspek dan rumah tersebut, Polus berjaya menjumpai satu paket besar plastik lutsinar berisi ketulan hablur jernih yang disyaki dadah jenis syabu dengan anggaran berat kasar 12.36 gram.

Hasil ujian saringan awal dapati suspek positif dadah jenis methamphetamine.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *