POLIS MARIN TAHAN SEBUAH KAPAL NELAYAN MELANGGAR SYARAT LESEN

KUDAT, 5 Jun 2021 (Sabtu) – Pasukan Polis Marin Kudat telah berjaya menahan sebuah kapal nelayan tempatan selepas dikesan melanggar syarat lesen di kawasan Perairan Kudat awal pagi tadi.

Pegawai Pemerintah Pasukan Polis Marin Kudat, ASP Ridzauddin Bin Selamat berkata, dalam tugasan operasi op Benteng Covid, botronda Polis Marin Kudat telah mengesan sebuah kapal nelayan yang sedang menjalankan aktiviti menangkap ikan menggunakan pukat tunda kurang daripada 3 batu nautikal dari Tanjung Tiga Samil.

Kapal pukat tunda yang dijuragani oleh seorang juragan yang berumur 38 tahun bersama 02 krew beserta hasil tangkapan ikan pelbagai jenis dengan anggaran berat keseluruhan 50 kilogram dianggarkan berjumlah RM 500.00 dan nilai keseluruhan rampasan dan kompaun dianggarkan bernilai RM101,000.00.

Tangkapan dan rampasan dibawa ke Markas Operasi Pasukan Polis Marin Kudat untuk tindakan lanjut dan kes disiasat mengikut Seksyen 8, Akta Perikanan 1985.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *