Polis Marin Sandakan berjaya menahan dan merampas dadah

SANDAKAN, 18 Mei 2021 – Pasukan Polis Marin Sandakan berjaya menahan seorang lelaki warganegara Filipina berumur 35 tahun kerana kesalahan memiliki dadah di Kg Tanjung Batu, Sandakan tengah malam tadi.

Pegawai Pemerintah Markas Operasi Pasukan Polis Marin Sandakan DSP Rusdin Bin Banin berkata, pada tengah malam tadi semasa pegawai dan anggota Polis Marin Sandakan melakukan risikan telah menahan dan memeriksa seorang lelaki yang mencurigakan.

Menurutnya, hasil pemeriksaan terhadap badan suspek telah menemui sebuah beg pinggang berjenama Potter Cycle dan mendapati beberapa plastik kecil lutsinar berisi hablur jernih disyaki dadah jenis โ€˜methamphetamine’ berada dalam milik dan kawalan suspek.

Beliau juga berkata, nilai rampasan dianggarkan berjumlah RM500.00. Tangkapan dan rampasan telah diserahkan kepada Pegawai Penyiasat Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik IPD Sandakan kerana memiliki dadah jenis Methamphetamine atas kesalahan Akta Dadah Berbahaya 1952.

Pasukan Polis Marin sentiasa menggalakkan masyarakat persisir pantai untuk menyalurkan apa-apa maklumat melalui aplikasi whatsApp Pasukan Polis Marin Wilayah 4 Sabah di talian *’0132831197’* bagi memastikan keselamatan dan kemakmuran setempat terjaga dan terkawal.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *