Polis Marin rampas rokok bernilai RM36,590 ribu

KOTA KINABALU : Polis Marin Kota Kinabalu berjaya mematahkan aktiviti cubaan penyeludupan Rokok Seludup di kawasan tembok pasar Sinsuran Kota Kinabalu malam semalam.

Pegawai Pemerintah Markas Operasi Pasukan Polis Marin Kota Kinabalu, ASP Roslan Bin Awang, serbuan telah dijalankan selepas intipan terhadap 2 orang indivdu yang mencurigakan di kawasan tersebut. Ketika pihak polis menghampiri saspek, saspek terus melarikan diri melompat ke dalam bot dan memecut laju bot ke arah laut.

Semasa pemeriksaan dilakukan di kawasan tersebut, telah menjumpai longgokan plastik hitam diletakkan di tepi tembok pasar, Sinsuran. Pelbagai jenis rokok tidak bercukai ditemui. Nilai rampasan dianggarkan berjumlah RM36,590.40, tambahnya lagi.

Kesemua rokok seludup tersebut telah dirampas dan dibawa ke Markas Operasi Pasukan Polis Marin Kota Kinabalu untuk tindakan lanjut. Kes disiasat dibawah Akta Kastam 1967.

Pasukan polis Marin Wilayah 4 Sabah sentiasa mengalu-alukan maklumat daripada seluruh komuniti maritim untuk melaporkan sebarang aktiviti yang melanggar undang-undang secara terus ke talian 24 jam atau menggunakan aplikasi whatsapp ke Pusat Komunikasi PPM Wilayah 4 Sabah di talian 0139391197.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *