Polis Marin gagalkan cubaan seludup barang kawalan ke Filipina

SEMPORNA: Pasukan Polis Marin (PPM) Semporna telah mengesan aktiviti seludup barang kawalan disyaki cuba dibawa keluar ke negara jiran Filipina di kawasan utara Pulau Sibangkat Semporna.

Pegawai Pemerintah Markas Operasi Pasukan Polis Marin Semporna, DSP Mohamad Bin Ismail berkata pihaknya bertindak menjalankan membuat pemeriksaan keatas sebuah pondohan yang tidak berpenghuni telah menjumpai beberapa liter berisi minyak petrol dan beberapa kilo minyak masak yang ditinggalkan dan disyaki hendak diseludup ke negara Filipina.

Jumlah nilai rampasan dianggarkan sebanyak RM1,635.00. Rampasan dibawa ke Markas Operasi Pasukan Polis Marin Semporna untuk tindakan selanjutnya.

Kes disiasat dibawah Akta Kawalan Bekalan 1961.Pasukan polis Marin Wilayah 4 Sabah sentiasa mengalu- alukan maklumat daripada seluruh komuniti maritim untuk melaporkan sebarang aktiviti yang melanggar undang-undang secara terus ke talian 24 jam atau menggunakan aplikasi whatsapp ke Pusat Komunikasi PPM Sabah di talian 0139391197.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *