Polis Marin gagalkan cubaan menyeludup telur penyu

SANDAKAN, 25 Mei 2021 (Rabu) Pasukan Polis Marin (PPM) mengagalkan cubaan menyeludup telur penyu untuk dipasarkan kepada orang awam di Kawasan Peraiaran Batu 3 Sandakan.

Pegawai Pemerintah Markas Operasi Pasukan Polis Marin Sandakan, DSP Rusdin Bin Banin berkata, pada jam 6 pagi itu, telur penyu disembunyikan di dalam sebuah pump bot yang dirampas adalah hasil daripada maklumat pemantauan pegawai serta 6 anggota Unit Risikan Marin (URM) Polis Marin Sandakan.

Tambahnya lagi, apabila Juragan menyedari kehadiran Polis Marin dikawasan berkenaan, Juragan bertindak memecut laju pump bot ke tepi pantai dan melarikan diri. Pemeriksaan mendapati 3 guni berisi 1,500 telur penyu disembunyikan dalam pump bot dan dipercayai untuk dipasarkan kepada orang awam di sekitar pasar Sandakan.

Semua rampasan termasuk bot dan enjin pump bernilai RM4,450.00 dibawa ke Markas Operasi Pasukan Polis Marin Sandakan untuk diserahkan kepada Jabatan Hidupan Liar Sandakan dan kes disiasat dibawah kesalahan Enakmen Pemulihan Hidupan Liar 1997.

Polis Marin berharap masyarakat terutama masyarakat maritim dan persisir pantai dapat menyalurkan maklumat aktiviti yang menyalahi undang-undang kepada Pasukan Polis Marin Wilayah 4 Sabah melalui aplikasi whatsApp ke talian 0132831197 atau berhubung terus dengan mana-mana balai berdekatan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *