Polis Marin berjaya rampas rokok seludup dianggar RM43,300

SEMPORNA, 22 JULAI 2021: Ketika Polis Marin Semporna menjalankan rondaan di kawasan Laut Kampung Selamat telah terserempak dengan sebuah bot yang dijuragani seorang lelaki dewasa dalam keadaan mencurigakan pada petang semalam.

Pegawai Pemerintah Markas Operasi Pasukan Polis Marin Semporna, DSP Mohamad bin Ismail berkata setelah memperkenalkan diri sebagai pegawai polis, suspek bertindak melarikan diri ke arah kawasan bakau Kampung Selamat.

Hasil pemeriksaan ke atas bot tersebut telah menjumpai 2 karung putih berisi rokok putih dan satu beg hitam berisi kotak rokok . Suspek dipercayai membawa rokok tanpa cukai dari Filipina. Rampasan di bawa ke Markas Pasukan Polis Marin Semporna untuk tindakan selanjutnya.

Kes disiasat dibawah Seksyen 135(1)(d) Akta Kastam 1967. Nilai rampasan keseluruhan dianggarkan berjumlah RM43,300.00. Justeru itu, Pasukan polis Marin Wilayah 4 Sabah sentiasa mengalu-alukan maklumat daripada seluruh komuniti maritim untuk melaporkan sebarang aktiviti yang melanggar undang-undang secara terus ke talian 24 jam atau menggunakan aplikasi whatsapp ke Pusat Komunikasi PPM Sabah di talian 0139391197.

Leave a Reply

Your email address will not be published.