Polis Marin berjaya gagalkan cubaan penyeludupan

TAWAU: Pasukan Polis Marin Tawau (PPM) berjaya gagalkan cubaan penyeludupan barang kawalan ke negara jiran apabila berjaya menahan seorang lelaki tempatan berumur 25 tahun dan merampas sejumlah minyak masak pelbagai jenama di sebuah rumah atas air di Kampung Batu 4, Jalan Apas, Tawau.

Pegawai Pemerintah Markas Operasi Pasukan Polis Marin Tawau, DSP Ridzauddin Bin Selamat berkata pihaknya bertindak atas maklumat risikan telah membuat serbuan ke atas sebuah rumah atas air dan menjumpai longgokan kotak berwarna coklat yang dalamnya mengandungi minyak masak peket pelbagai jenama dipercayai disimpan dirumah tersebut sebagai stor sebelum diseludup ke negara jiran.

Tangkapan dan rampasan telah dibawa ke Markas Operasi Pasukan Polis Marin Tawau untuk tindakan lanjut. Kes disiasat dibawah Akta Kawalan Bekalan 1961.

Nilai rampasan dianggarkan berjumlah RM6060.00. Pasukan Polis Marin menggalakkan masyarakat persisir pantai dan maritim khususnya untuk menyalurkan sebarang maklumat dalam mengekang jenayah terutamanya jenayah rentas sempadan melalui aplikasi whatsApp Pasukan Polis Marin Wil.4 Sabah di nombor ‘013-9391197’ atau berhubung terus ke Bilik Gerakan PPM Tawau di talian ‘089-983628’.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *