Polis Marin arah PATI berpatah balik
SEMPORNA: Pasukan Polis Marin Semporna (PPM) menahan dan memeriksa 01 buah bot di laut Pantau-Pantau Semporna pada malam tadi.
Setelah pemeriksaan dilakukan terdapat tujuh orang lelaki dewasa, empat perempuan dewasa, dua kanak-kanak lelaki dan seorang kanak-kanak perempuan kesemua mereka warganegara Filipina.

Dalam masa yang berasingan jam lebih kurang 10.40 malam tadi, PPM juga telah menahan dan memeriksa sebuah buah bot yang didalamnya terdapat dua orang lelaki dewasa dan seorang perempuan dewasa warganegara Filipina.
Kesemua mereka didapati mereka tidak mempunyai sebarang pas perjalanan yang sah memasuki perairan Negara.
Pegawai Pemerintah Markas Operasi Pasukan Polis Marin Semporna YDH DSP Mohamad Bin Ismail berkata pengusiran telah dibuat dan perahu tersebut telah diiring keluar dari perairan negara dan diarahkan supaya tidak memasuki perairan Negara selaras dengan kehendak undang-undang Akta Pencegahan dan Kawalan Penyakit Berjangkit 1988 bagi mengekang penularan wabak Covid 19.
Justeru itu, Pasukan polis Marin Wilayah 4 Sabah sentiasa mengalu-alukan maklumat daripada seluruh komuniti maritim untuk melaporkan sebarang aktiviti yang melanggar undang-undang secara terus ke talian 24 jam atau menggunakan aplikasi whatsapp ke Pusat Komunikasi PPM Sabah di talian 0139391197.