Polis Marin berjaya menumpaskan penyeludupan minuman keras bernilai setengah juta ringgit

KOTA KINABALU: Pasukan Polis Marin (PPM) Kota Kinabalu telah membuat serbuan dan pemeriksaan Bot laju 3 Enjin dan sebuah kenderaan di kawasan anak sungai di Menumbok dalam satu Operasi malam tadi.

Pegawai Pemerintah Markas Operasi Pasukan Polis Marin Kota Kinabalu ASP Roslan Bin Awang berkata dalam operasi itu, tiga lelaki dewasa berumur lingkungan 28 hingga 31 tahun telah di tahan dan pemeriksaan lanjut dilakukan ke atas sebuah bot laju dan sebuah kenderaan telah menjumpai beberapa karton pelbagai jenis minuman keras sedang dipunggah dari bot laju ke atas sebuah kenderaan.

Seterusnya tangkapan dan rampasan dibawa ke Balai Polis Menumbok untuk tindakan selanjutnya. Niilai rampasan dianggarkan berjumlah RM556,665.00. Kes di siasat dibawah Akta Kastam 1967.

Pasukan Polis Marin Wilayah 4 Sabah mengalu-alukan masyarakat terutama masyarakat Maritim dan Persisir Pantai disarankan untuk menyalurkan maklumat kepada Pasukan Polis Marin Wilayah 4 Sabah melalui aplikasi whatsApp ke talian 013-9391197 atau berhubung terus dengan mana-mana balai berdekatan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *