Perbicaraan kes jenayah, sivil, pendengaran di Sarawak, Sabah ditangguh

KUALA LUMPUR: Pendengaran, perbicaraan kes sivil dan jenayah di dua mahkamah yang ditetapkan pada 27 Ogos hingga 2 September ini ditangguhkan ke tarikh lain.

Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan, berkata ia membabitkan kes di Mahkamah Kuching, Sarawak dan Mahkamah Kota Kinabalu, Sabah.

“Bagaimanapun, kes pertuduhan baharu jenayah dan permohonan reman akan didengar dan berjalan seperti biasa.

“Kaunter perkhidmatan dan pendaftaran mahkamah juga akan beroperasi mengikut tatacara prosedur operasi standard (SOP) dikeluarkan sebelum ini,” katanya dalam kenyataan malam ini.

Sebarang pertanyaan mengenai perkara itu boleh diajukan kepada Pengarah Mahkamah Sabah, Egusra Ali di talian 016-8931397 atau egusra@kehakiman.gov.my serta Cindy Mc Juce Balitus di talian 014-6787895 atau cindy@kehakiman.gov.my.

Bagi kes di Mahkamah Kuching, pertanyaan boleh diajukan kepada Pengarah Mahkamah Sarawak, Steve Ritikos di talian 016-2953183 atauย steveritikos@kehakiman.gov.myย serta Mosidi Husseini di talian 016-5772652 atauย mosidi@kehakiman.gov.my.

–BeritaHarian

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *