Penyeludupan rokok tanpa cukai dianggar RM63,650.00 digagalkan

SEMPORNA, 25 Julai 2021: Polis Marin Semporna membuat rondaan telah terserempak sebuah bot yang dijuragani satu lelaki dalam keadaan mencurigakan di kawasan Laut Pulau Bohey Dulang, Semporna pada malam tadi.

Pegawai Pemerintah Markas Operasi Pasukan Polis Marin Semporna, DSP Mohammad bin Ismail berkata setelah dihampiri dan memperkenalkan diri sebagai anggota polis, lelaki berkenaan bertindak melarikan diri dengan bot memecut laju hingga ke pesisir pulau dan berlari ke hutan Pulau Bohey Dulang.

Hasil pemeriksaan ke atas bot telah menjumpai empat bungkusan kotak berisi pelbagai jenis rokok dan suspek dipercayai membawa rokok tanpa cukai dari Filipna.

Rampasan di bawa ke Markas Operasi Pasukan Polis Marin Semporna dan kes disiasat dibawah Akta Kastam 1967. Nilai rampasan keseluruhan termasuk bot dan enjin dianggarkan berjumlah RM63,650.00.

Justeru itu, Pasukan polis Marin Wilayah 4 Sabah sentiasa mengalu-alukan maklumat daripada seluruh komuniti maritim untuk melaporkan sebarang aktiviti yang melanggar undang-undang secara terus ke talian 24 jam atau menggunakan aplikasi whatsapp ke Pusat Kawalan PPM Sabah di talian 0139391197.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *