Penyeludupan minyak petrol berjumlah hampir RM 38 ribu gagal

SEMPORNA: Pasukan Polis Marin (PPM) Semporna telah membuat rondaan disekitar Laut Pulau Selakan terserempak dengan sebuah bot laju dalam keadaan mencurigakan pada lebih kurang jam 12 tengah hari tadi.

Pegawai Pemerintah Markas Operasi Pasukan Polis Marin Semporna, DSP Mohamad bin Ismail berkata setelah menyedari kehadiran Polis, suspek bertindak terjun daripada bot dan melarikan diri ke kawasan cetek Pulau Selakan.

Pemeriksaan ke atas bot telah menjumpai beberapa jerikin minyak petrol yang dipercayai cuba diseludup ke negara jiran Filipina. Nilai rampasan dianggarkan berjumlah RM37,815.00.

Rampasan di bawa ke Markas Operasi Pasukan Polis Marin Semporna untuk tindakan selanjutnya. Kes disiasat di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961.

Pasukan polis Marin Wilayah 4 Sabah sentiasa mengalu-alukan maklumat daripada seluruh komuniti maritim untuk melaporkan sebarang aktiviti yang melanggar undang-undang secara terus ke talian 24 jam atau menggunakan aplikasi whatsapp ke Pusat Komunikasi PPM Sabah di talian 0139391197.

Leave a Reply

Your email address will not be published.