Penyeludupan minyak bernilai hampir RM 29 ribu digagalkan

SEMPORNA: Polis Marin Semporna telah menahan sebuah bot laju yang dijuragani seorang lelaki berusia 24 tahun dikawasan Laut Tanjung Menimpa Semporna pada malam semalam.

Hasil pemeriksaan keatas bot berkenaan telah menjumpai beberapa jeriken berisi minyak petrol yang disyaki hendak diseludup ke negara jiran. Nilai rampasan dianggarkan berjumlah RM25,800.00.

Kes disiasat dibawah Akta Kawalan Bekalan 1961.

Pegawai Pemerintah Markas Operasi Pasukan Polis Marin Semporna, DSP Mohamad Bin Ismail berkata kesemua minyak petrol beserta bot tersebut ditahan dan dibawa ke Markas Operasi Pasukan Polis Marin Semporna untuk tindakan lanjut.

Pasukan polis Marin Wilayah 4 Sabah sentiasa mengalu-alukan maklumat daripada seluruh komuniti maritim untuk melaporkan sebarang aktiviti yang melanggar undang-undang secara terus ke talian 24 jam atau menggunakan aplikasi whatsapp ke Pusat Komunikasi PPM Sabah di talian 0139391197.

Leave a Reply

Your email address will not be published.