Penyeludupan barang kawalan ke negara jiran ditumpaskan

KUDAT, 22 Ogos 2021 (Ahad) – Polis Marin Kudat berjaya menangkap lima (5) individu berumur antara 48 hingga 21 tahun yang membawa barang kawalan dipercayai di seludup ke negara Jiran dengan menggunakan Pam Bot melalui kawasan Laut Utara Pulau Banggi pada hari kemarin.

ASP Cyrill Douglas Pegawai Pemerintah Pasukan Polis Marin Kudat, Sabah berkata pemantauan dan risikan mendapati individu ini membawa barang – barang kawalan untuk dijual ke Filipina.

Hasil pemeriksaan terhadap tiga buah Pam Bot yang dinaiki kelima – lima lelaki tersebut telah menjumpai pelbagau jenis barang kawalan disyaki untuk diseludup ke negara jiran. Nilai keseluruhan tangkapan dan rampasan berjumlah RM61,839.00.

Semua barang tangkapan dibawa ke Markas Operasi PPM Kudat untuk tindakan selanjutnya. Kes disiasat dibawah seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961.

Pasukan polis Marin Wilayah 4 Sabah sentiasa mengalu-alukan maklumat daripada seluruh komuniti maritim untuk melaporkan sebarang aktiviti yang melanggar undang-undang secara terus ke talian 24 jam atau menggunakan aplikasi whatsapp ke Pusat Komunikasi PPM Sabah di talian 0139391197.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *