Pembukaan sempadan, ESSCOM perkukuh kawalan keselamatan

LAHAD DATU: Pasukan Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM) akan memperkukuhkan kawalan keselamatan di kawasan perairan negeri ini susulan pembukaan semula sempadan negara bermula 1 April.

Komander ESSCOM, Deputi Komisioner Hamzah Ahmad berkata, pihaknya akan memperkukuh kesiapsiagaan bagi berhadapan sebarang kemungkinan berikutan kehadiran pelancong ke pantai timur Sabah, terutama Semporna dan Tawau yang merupakan kawasan tumpuan pelancong.

โ€œDengan kehadiran pelancong, sedikit sebanyak akan memberi kesan kepada keselamatan jadi, dalam konteks ini, kita akan memperkukuh kesiapsiagan untuk mengambil sebarang tindakan jika berlaku sesuatu yang tidak diingini,โ€ katanya dalam sidang akhbar hari ini.Ads by Kiosked

Dalam pada itu, beliau berkata, pihaknya juga masih menjejaki sekiranya terdapat saki baki kumpulan ajaran sesat Wali Tujuh yang berjaya ditahan di Ladang Bukit Kertam, Kota Kinabatangan, Sandakan pada 1 Februari lalu.

Guru dan dua pengikut ajaran kumpulan Wali Tujuh yang merupakan pendatang asing tanpa izin (PATI) itu telah didakwa di mahkamah.

โ€œSaya mahu ingatkan sekali lagi, setiap aktiviti haram khususnya di kawasan Zon Selamat Timur Sabah (ESSZone) tidak akan dibiarkan berlaku sewenang-wenangnya, kami akan mengambil tindakan tegas,โ€ katanya.


Mengulas lanjut katanya, ESSCOM dengan kerjasama agensi penguatkuasaan lain sedang melaksanakan Op Gasak Laut bagi merobohkan pondok atau struktur haram yang dibina di perairan ESSZone yang dipercayai disalah guna sebagai tempat persinggahan penjenayah.

Justeru, daripada 18 pondohan atau pondok yang diperiksa di perairan Lahad Datu, 14 diberikan notis perobohan manakala, empat daripadanya telah dirobohkan kerana dibina secara haram.

Hamzah berkata, pihaknya bimbang kerana dipercayai ada pondok-pondok itu disalah guna oleh penjenayah sebelum melakukan aktiviti jenayah rentas sempadan mahupun penculikan untuk wang tebusan (KFR).Ads by Kiosked

โ€œItu sebabnya kita mengambil tindakan untuk melakukan perobohan dari masa ke semasa di semua kawasan perairan ESSZone.

โ€œBuat masa ini, kita telah melakukan operasi ini di Lahad Datu dan selepas ini, kita akan bergerak ke 10 daerah lain bagi memastikan tiada struktur haram yang boleh disalah guna oleh pihak yang berniat menjalankan sebarang kegiatan jenayah di perairan Sabah,โ€ katanya. -Utusan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *