PDRM Pertingkat kawalan sempadan melalui OP Benteng

TAWAU: Polis kontinjen Sabah memperhebatkan lagi Op Benteng di sempadan negara Malaysia – Indonesia di daerah Tawau , bagi memastikan warga asing tidak akan bolos ke negara ini.

Timbalan Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Mazli Bin Mazlan berkata, operasi dan pemantauan oleh pihak berkuasa akan dipertingkat dan diperketatkan, terutama di lorong-lorong tikus masuk ke negara ini.

Bagi mengekang penularan kes import wabak Covid-19.Jelasnya Op Benteng yang melibatkan pelbagai agensi penguatkuasaan termasuk Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) adalah bagi mengawal ketat sempadan negara secara bersepadu daripada dibolosi warga asing dan mengekang jenayah rentas sempadan serta menyekat penularan wabak COVID-19.

Selain itu, Datuk Mazli memberi amaran tindakan tegas terhadap mana-mana pihak yang cuba memasuki sempadan negara secara haram.

“Kawalan keselamatan di sempadan negara meliputi laluan darat, laut dan udara akan diperketatkan lagi,” ujar beliau ketika melawat penugasan Op Benteng di sempadan negara Malaysia – Indonesia di serudong laut dan kampung Haji Kuning Pulau Sebatik, Tawau, semalam.

Tinjauan melalui udara, darat dan laut sentiasa dilakukan bagi memastikan kawalan persempadanan negara tidak dicerobohi.Turut sama Ketua Polis Daerah Tawau, ACP Peter Ak Umbuas, pegawai Jabatan Imigresen, Pegawai Jabatan Kastam Diraja Malaysia, Tawau dan ESSCOM.

Leave a Reply

Your email address will not be published.