PATI diusir daripada perairan Negara
SEMPORNA: Pasukan Polis Marin (PPM) Semporna menjalankan rondaan bergerak di perairan Laut Alice Channel.
PPM Semporna telah menahan dan memeriksa sebuah perahu tiada nombor pendaftaran berwarna coklat.
Setelah pemeriksaan dilakukan terdapat tiga orang lelaki dewasa, seorang perempuan dewasa dan dua orang kanak-kanak lelaki berbangsa bajau Filipina.
Setelah pemeriksaan dijalankan didapati tidak mempunyai sebarang pas perjalanan yang sah dan memasuki perairan Malaysia secara tidak sah.
Pegawai Pemerintah Markas Operasi Pasukan Polis Marin Semporna berkata pengusiran telah dibuat dan perahu tersebut telah diiring keluar dari perairan negara dan diarahkan supaya tidak memasuki perairan Negara selaras dengan kehendak undang-undang Akta Hak Kawalan Pencegahan Penyakit Berjangkit 1998 bagi mengekang penularan wabak Covid 19.
Justeru itu, Pasukan polis Marin Wilayah 4 Sabah sentiasa mengalu-alukan maklumat daripada seluruh komuniti maritim untuk melaporkan sebarang aktiviti yang melanggar undang-undang secara terus ke talian 24 jam atau menggunakan aplikasi whatsapp ke Pusat Komunikasi PPM Sabah di talian 0139391197