Minuman keras tidak bercukai dirampas

LABUAN: Polis Marin WP Labuan berjaya merampas minuman keras tidak bercukai di kawasan jeti awam Tanjung Pagar pagi tadi.Pegawai Pemerintah Markas Operasi Pasukan Polis Marin WP Labuan, ASP Saidul Maruf Bin Rosli berkata Polis Marin telah membuat pemerhatian terhadap barang mencurigakan berbungkus plastik hitam selama lebih kurang 2 jam di kawasan jeti awam tersebut.

Pemeriksaan dilakukan terhadap barang tersebut menemui minuman keras tidak bercukai dalam plastik hitam dipercayai telah diseludup. Nilai rampasan dianggarkan berjumlah RM2,400.77.

Barang rampasan diserahkan kepada Ibu Pejabat Daerah Sipitang untuk tindakan lanjut. Kes disiasat dibawah Akta Kastam 1967.

Pasukan Polis Marin Wilayah 4 Sabah sentiasa mengalu-alukan maklumat daripada seluruh komuniti maritim untuk melaporkan sebarang aktiviti yang melanggar undang-undang secara terus ke talian 24 jam atau menggunakan aplikasi whatsapp ke Pusat Komunikasi PPM Wilayah 4 Sabah di talian 0139391197.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *