Lelaki cuba sogok pegawai polis

KOTA KINABALU: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan seorang lelaki hari ini, selepas cuba menyuap pegawai polis sebanyak RM650.

Pemegang pas IMM13 berusia 38 tahun itu ditahan di Pejabat SPRM Sabah, di sini, jam 5.30 petang.

Menurut sumber, suspek yang bekerja sebagai buruh dikatakan cuba memberi suapan bagi melepaskan diri daripada ditahan kerana melakukan kesalahan memandu tanpa lesen.

Pengarah SPRM Sabah, Datuk S Karunanithy mengesahkan tangkapan berkenaan.

“Suspek ditahan selama 24 jam untuk siasatan lanjut dan tangkapan hasil kerjasama di antara Polis Diraja Malaysia (PDRM) serta SPRM.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 17(b) Akta SPRM 2009,” katanya.

Sementara itu, beliau mengingatkan orang ramai supaya tidak memberikan sebarang sogokan kepada mana- mana anggota agensi penguat kuasa atau penjawat awam kerana itu salah mengikut Seksyen 17(b) Akta SPRM 2009. -BH

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *