Kes salahguna dadah, suami dan isteri dicekup

KUDAT : Seorang lelaki berumur 52 tahun dan perempuan berumur 49 tahun berjaya ditangkap oleh Pasukan Polis Marin di Jalan Atas, Batu 2 Kudat kemarin.

Menurut Pegawai Pemerintah Markas Operasi Polis Marin Kudat , ASP Rizauddin Bin Selamat, hasil pemeriksaan keatas lelaki tersebut dan kenderaan yang dinaikinya telah menjumpai 2 tiub plastik yang mengandungi ketulan hablur jernih yang disyaki dadah jenis syabu dalam miliknya.

Pemeriksaan lanjut menjumpai wang tunai berjumlah RM213.00 dan barang-barang peribadi milik suspek juga dirampas.

Nilai keseluruhan rampasan sebanyak RM8,128.00.Tangkapan dan rampasan dibawa ke Jabatan Siasatan Narkotik (JSJN) IPD Kudat untuk tindakan lanjut. Kes disiasat dibawah Akta Dadah Merbahaya 1952.

Sumber Berita : Pasukan Polis Marin W4 Sabah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *