Gelandangan maut dilanggar

TAWAU: Seorang gelandangan maut selepas terbabit kemalangan jalan raya dimana sebuah bas mini melanggar mangsa ketika sedang melintas jalan di bulatan Jalan Persisiran – Jalan Nusantara, pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Tawau, ACP Jasmin Hussin berkata, mangsa seorang wanita, 30-tahun, didapati tidak memiliki keterangan diri dan merupakan gelandangan disahkan meninggal dunia di lokasi dalam kejadian pukul 9.55-pagi.

Katanya, ketika kejadian, pemandu bas mini, 34-tahun, yang hanya seorang diri sedang memandu dari arah Pasar Tanjung menuju ke Terminal Bas Sabindo.

Semasa tiba dilokasi kejadian, secara tiba-tiba seorang pejalan kaki (mangsa) sedang meilintasi jalan dan pemandu terbabit cuba mengelak mangsa dan menekan padel brek, namun disebabkan jarak terlalu hampir, pemandu telah melanggar mangsa dan mangsa terhumban sejauh dua meter.

Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan yang dikeluarkan kepada media.

Menurut beliau lagi, bedah siasat telah dijalankan keatas mangsa dan kes berkenaan disiasat dibawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

sumber – #PDRM

Leave a Reply

Your email address will not be published.