ESSCOM tahan lelaki tempatan cuba seludup 4,040 bungkus rokok bernilai lebih RM113,320.00 di RCP Sapi Nangoh

BELURAN: Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM) melalui Pasukan Gerakan Am (PGA) Batalion 20, telah menahan seorang lelaki tempatan yang disyaki cuba menyeludup 4,040 bungkus rokok di jalan Kampung Manduring, dekat sini, pada pagi ahad.

Komander ESSCOM DCP Datuk Ahmad Fuad Othman dalam satu kenyataan di sini berkata suspek ditahan Ketika menaiki sebuah kenderaan pacuan 4 roda di laluan tikus (jalan kampung Manduring), Road Check Point (RCP) Sapi Nangoh, kira-kira jam 9.30 pagi pada ahad.

Beliau berkata ketika kejadian, sepasukan anggota PGA RCP Sapi Nangoh ESSCOM yang sedang melaksanakan tugas rondaan Snap Check dan cegah jenayah di laluan berkenaan, telah menahan sebuah kenderaan pacuan 4 roda jenis Toyota Hilux warna hitam yang dipandu oleh suspek dalam keadaan mencurigakan.

โ€œPemeriksaan terhadap fizikal kenderaan telah menemui kesemua rokok seludup tersebut yang disembunyikan di bahagian tempat duduk belakang kenderaan berkenaan.โ€

โ€œAntara jenis rokok seludup yang dijumpai dalam kenderaan tersebut adalah 1,600 bungkus rokok jenama Astro Merah,1,000 bungkus rokok jenama Era Biru, 50 bungkus rokok jenama Astro Hijau, 50 bungkus rokok jenama LA, 50 bungkus rokok jenama A Satu Mild, 200 bungkus rokok jenama Surya 12, 200 bungkus rokok jenama A Satu premium dan 690 bungkus rokok jenama Magnum dengan nilai keseluruhan rampasan rokok seludup dianggarkan sebanyak RM 113,320.68.โ€,

katanya.Beliau berkata suspek yang berumur 39 tahun telah ditahan untuk siasatan dan kes akan disiasat di bawah Seksyen 135(1) (d) AKTA KASTAM 1967.

Turut dirampas sebuah Pacuan 4 roda jenis Toyota Hilux berwarna Hitam yang digunakan dalam kegiatan tersebut.Sementara itu, Ahmad Fuad merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua agensi keselamatan yang terlibat dalam membantu menjayakan pusat pemeriksaan daratan (RCP) Sapi Nangoh ESSCOM di daerah ini terutamanya kepada semua anggota Batalion 20 PGA Beluran yang terlibat dalam operasi ini.

Beliau berkata kejayaan ini merupakan hasil usaha dan kerjasama semua pihak yang terlibat terutamanya dalam menggagalkan taktik penyeludup rokok dan dadah di daerah ini.

Menurutnya lagi, ESSCOM dengan kerjasama semua agensi keselamatan di ESSZONE yang terdiri daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) akan terus memperketatkan kawalan keselamatan di sempadan perairan dan daratan di seluruh ESSZONE dengan mengadakan rondaan dan pemantauan secara agresif melalui pelaksanaan OP Cegah Pati (OCP) bagi mengawal dan mengekang aktiviti penyeludupan dan Human trafficking terutamanya daripada negara jiran.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *