ESScom rampas 69 pambot dalam operasi GASAK
TAWAU: Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCom) merampas 69 buah โPambotโ dalam Operasi GASAK Laut secara bersepadu di perairan Zon Selamat Sabah Timur (ESS Zone) di sini semalam.
Komander ESSCom DCP Hamzah Ahmad, berkata ketika pemeriksaan tersebut seramaiย ย 55 orang pendatang tanpa izin (PTI) terdiri daripada warga Indonesia dan Filipina ditahan selepas didapati tidak mempunyai dokumen pengenalan diri yang sah.
Katanya, kesemua PTI ditangkap dan ditahan di bawah Seksyen 6(1)(c), Akta Imigresen 1959/63 untuk siasatan lanjut oleh pihak Ibu Pejabat Polis Daerah yang berkaitan.
โDalam operasi ini 88 buah pambot milik warga tempatan dan warga asing diperiksa secara serentak di perairan tersebut.
โKesemua pambot ditahan ini disyaki melakukan kesalahan di bawah Enakmen Pelabuhan dan Dermaga 2002 diserahkan kepada pihak Jabatan Pelabuhan dan Dermaga Sabah (JPDS) untuk tindakan selanjutnya,โ katanya dalam satu kenyataan media hari ini.
DCP Hamzah berkata, berdasarkan rekod tangkapan mendapati pambot ini sering digunakan elemen penjenayah rentas sempadan melakukan aktiviti penculikan, rompakan, penyeludupan dan pengeboman ikan di perairan ESS Zone.
โESSCOM akan terus memperhebatkan operasi ini untuk membanteras penggunaan pambot haram dari semasa ke semasa.
โSemua pemilik pambot di perairan pantai timur Sabah dinasihatkan untuk mendapatkan lesen sah yang dikeluarkan oleh pihak JPDS bagi mengelak daripada dikenakan tindakan penguatkuasaan,โ katanya.-SNT