Enam individu ditahan, terlibat tunjuk perasaan

TAWAU: Seramai enam individu ditahan polis kerana cubaan tunjuk perasaan di hadapan sekatan jalan raya(SJR) di Kampung Muhibbah Raya petang tadi.

Kejadian pada jam 3.20 petang sekumpulan enam individu yang datang dari luar perkampungan tersebut menghampiri SJR sambil memegang sepanduk.

Tujuan mereka melakukan tindakan tersebut dengan alasan ingin menyuarakan keadaan keluarga mereka yang tinggal di kampung berkenaan yang terkesan berikutan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di kampung berkenaan. 

Kesemua individu terbabit yang berumur 20 hingga 30 an juga bukan berasal dari kampung tersebut tetapi datang luar kampung berkenaan. 

Bagaimanapun, polis dapat mengawal keadaan dan cubaan tunjuk perasaan tersebut terkawal pada jam 3.30 petang. 

Kesemua individu tersebut dibawa ke Balai Polis Tawau untuk tindakan lanjut termasuk dikompaun. 

Lima buah motosikal yang digunakan individu tersebut turut dibawa ke balai polis dengan menggunakan lori polis. 

Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Peter Umbuas ketika dihubungi mengesahkan kejadian tersebut dan semua yang terlibat akan dikompaun di bawah akta kawalan penyakit berjangkit. – Utusan Borneo

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *