Dua lelaki miliki dadah ditahan Polis Marin

LAHAD DATU, 14 Julai 2021 (Rabu): Polis Marin (PPM) Lahad Datu berjaya menahan dua orang lelaki dalam satu operasi di kawasan perairan Laut Pelabuhan, Lahad Datu semalam.Pegawai Pemerintah Markas Operasi Pasukan Polis Marin Lahad Datu, Superintendent Gan Ping Sin berkata pada jam lebih kurang 8 malam tadi.

Polis Marin Lahad Datu telah menahan dan periksa sebuah pump bot yang dinaiki oleh dua lelaki yang dalam keadaan mencurigakan.

Hasil pemeriksaan telah menjumpai satu (1) paket kecil lutsinar berisi hablur jernih yang disyaki dadah jenis syabu dan dua (2) gulung aluminium foil yang disembunyikan didalam pumpbot tersebut.

Kedua-dua lelaki tersebut juga didapati gagal mengemukakan sebarang dokumen pengenalan diri yang sah semasa diperiksa polis.

Kedua-dua lelaki tersebut di tahan dan diserahkan kepada Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik IPD Lahad Datu untuk tindakan lanjut. Kes disiasat dibawah Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 6 (1)(c) Akta Imigresen 1959/63.

โ€œPasukan Polis Marin Wilayah 4 Sabah sentiasa menggalakkan semua masyarakat persisir pantai untuk memberikan kerjasama menyalurkan maklumat sekiranya mendapati kegiatan jenayah di sekitar mereka. Kerjasama ini bagi memastikan keselamatan di perairan negara khususnya perairan Sabah dapat dijaga dan boleh terus menyalurkan sebarang aduan tersebut melalui aplikasi Whatsapp PPM Wilayah 4 Sabah di talian 013-2831197 atau berhubung terus ke Markas Operasi Pasukan Polis Marin Lahad Datu di talian 013-9808084.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *