Cubaan seludup minuman keras bernilai RM210ribu gagal

BEAUFORT, 08 DIS 2021 (Rabu) – Cubaan seludup minuman keras tidak bercukai ke tanah besar Sabah dari Labuan menggunakan 2 buah kenderaan berjaya digagalkan oleh Pasukan Polis Marin (PPM) Labuan.

Pegawai Pemerintah PPM Labuan, ASP Saidul Maruf Bin Rosli berkata Polis Marin berjaya menahan seorang lelaki berumur 40 tahun dan seorang perempuan berumur 37 tahun yang merupakan pemandu setiap kenderaan berkenaan yang diperiksa di Pekan Menumbok pada jam lebih kurang 12 tengah hari semalam.

Pemeriksaan ke atas dua kenderaan telah menjumpai sejumlah minuman keras pelbagai jenis tidak bercukai disyaki cuba diseludup ke tanah besar Sabah. Nilai rampasan minuman keras termasuk dua buah kenderaan dianggarkan berjumlah RM210,594.00.

Tangkapan dan barang rampasan diserahkan kepada Pegawai Penyiasat Ibu Pejabat Polis Daerah Beaufort untuk tindakan lanjut. Kes ini disiasat dibawah Akta Kastam 1967.

Pasukan Polis Marin Wilayah 4 Sabah mengalukan masyarakat maritim dan persisir pantai untuk menyalurkan maklumat kepada Pasukan Polis Marin Wilayah 4 Sabah melalui aplikasi whatsApp ke talian 0139391197 atau berhubung terus dengan mana-mana balai berdekatan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *